Kids School Holiday Program : Mobile Apps
Saya telah daftar. Tetapi, apabila tiba tarikh tersebut saya tidak dapat hadir Workshop Cuti Sekolah Mobil App oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Apakah pilihan saya?

Jikalau anda telah daftar, dan pada waktu hampir dengan Workshop Cuti Sekolah Mobil App anda ketahui bahawa anda tidak dapat menghadirkan diri, terdapat dua pilihan:

  1. Anda boleh mencari wakil untuk menggantikan tempat anda- sama ada ahli keluarga atau kenalan anda. Dengan menggantikan tempat anda, tiada kos tambahan dikenakan. Anda perlu memberitahu kami terlebih awal sekurang-kurangnya 3 hari sebelum Workshop sekiranya tempat anda diwakilkan. Nama, e-mail dan nombor handphone wakil/pengganti perlu disertakan.

  2. Anda boleh menundakan penyertaan anda kepada tarikh workshop yang lain (tarikh akan datang). Kos pengurusan RM100 dikenakan sekiranya anda ingin menundakan penyertaan anda. Kos ini adalah kerana sejurus selepas anda daftar, tempahan tempat duduk dan bahan-bahan workshop telah pun dilakukan.

Sebarang pertukaran penyertaan sama ada mencari wakil ataupun menundakan penyertaan mesti diberi tahu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh workshop. Hubungi kami melalui SMS 019 218 6767 atau Email info@rahsiainternet.com

Yuran penyertaan penuh tidak dapat dipulangkan (non-refundable)

Adakah jawapan ini dapat membantu anda?

Ya, saya ingin menghadiri workshop Cuti Sekolah Mobil App
Tidak, Saya Ingin Kembali Ke Soalan-Soalan Lazim Untuk Membantu Saya
Saya ingin kembali ke Laman Utama Workshop Cuti Sekolah Mobil App


COPYRIGHT (C) FUNMOBILEAPP.com. ALL RIGHTS RESERVE