Kids School Holiday Program : Mobile Apps
Saya telah membuat bayaran, tetapi masih tidak menerima confirmation. Mengapa?

Bagi pendaftaran online melalui kad kredit, anda akan menerima confirmation bayaran dalam beberapa minit selepas membuat bayaran. Confirmation bayaran tersebut sudah cukup untuk menetapkan kedudukan anda di Workshop Cuti Sekolah Mobile App Confirmation tersebut mengandungi "Order Transaction ID". 

Bagi pendaftaran melalui bank in, kami akan menghantar maklumat lanjut kepada anda dalam masa 1 minggu selepas menerima fax bank-in slip daripada anda. Namun begitu, anda tidak perlu risau oleh kerana tempat anda sudah pun ditetapkan untuk Workshop Cuti Sekolah Mobile App sejurus selepas anda telah bank-in yuran workshop dan fax kepada kami bank in slip anda.

Bagi pendaftaran melalui wang pos, kami perlu menunggu sehingga wang pos tersebut diterima oleh pihak kami. Ini mungkin mengambil masa 3-4 hari. Namun begitu, anda tidak perlu risau oleh kerana sejurus selepas anda SMS kami dengan maklumat bahawa anda telahpun mengirimkan cek, kami akan reserve tempat anda.

Confirmation akan dihantar melalui email. Pastikan anda memberi e-mail yang betul kepada kami ketika mendaftar.

Jikalau anda tidak menerima sebarang confirmation dalam masa 1 minggu, E-mail kami bersamaan dengan:

  • nama
  • cara bayaran
  • tarikh bayaran
  • tarikh workshop yang didaftar

...untuk status anda. E-mail: info@funmobileapp.com. Dengan menghantar email bersamaan dengan maklumat di atas, kami dapat memastikan alamat e-mail yang anda beri ketika pendaftaran adalah betul.

*Kami sering mendapat email bounce dari pada email tm.net dan juga streamyx. Sekiranya anda menggunakan email tm.net atau streamyx dan tidak menerima confirmation, email kami menggunakan email alternatif iaitu trailblazerapps@gmail.com. Terima kasih.

   

Adakah jawapan ini dapat membantu anda?

Ya, saya ingin menghadiri workshop Cuti Sekolah Mobil App
Tidak, Saya Ingin Kembali Ke Soalan-Soalan Lazim Untuk Membantu Saya
Saya ingin kembali ke Laman Utama Workshop Cuti Sekolah Mobil App

COPYRIGHT (C) FUNMOBILEAPP.com. ALL RIGHTS RESERVE