CONTOH SEBAHAGIAN MOBILE APPS YANG TELAH DIBINA MENGGUNAKAN AMB DRAG & DROP MOBILE APPS BUILDER SERVER

Ini adalah beberapa aplikasi yang telah dibangunkan oleh ahli-ahli kami dan dikongsi dalam Kumpulan Facebook & Kumpulan Messenger kami. Kami mempunyai banyak aplikasi yang telah dibina menggunakan sistem kami, namun disebabkan sistem keselamatan kami sendiri untuk melindungi pengguna kami, kami tidak mempunyai akses kepada aplikasi tersebut kecuali jika pengguna menghantar tiket bug support untuk bantuan aplikasi.

Setelah melihat beberapa contoh aplikasi di bawah, sila ambil perhatian bahawa, gaya, warna, susunan, keutamaan, dan banyak lagi bidang pembangunan & reka bentuk adalah sepenuhnya bergantung kepada keutamaan dan penyesuaian pengguna sendiri . Ini dilakukan samada melalui non coding mahupun boleh di kod juga. 

Oleh itu, janganlah mempunyai anggapan bahawa aplikasi yang dibina menggunakan sistem kami terhad kepada contoh di bawah ini.

Anda perlu melihat semula lama web kami dan melihat semula jenis jenid features dan susun  atur (UI/UX) yang kami ada untuk mendapatkan idea umum tentang jenis aplikasi yang dapat dibina oleh anda.

Tujuan kami  menunjukkan contoh-contoh ini adalah untuk membuktikan kepada anda bahawa anda boleh mencipta aplikasi yang sepenuhnya disesuaikan menggunakan platform kami tanpa pengaturcaraan dengan menggunakan AMB Toolkit.

Kami adalah 100 peratus Platform PembangunMobile Apps Tanpa Code/ Pengaturcaraan CMS sepenuhnya. Anda boleh menyesuaikan berdasarkan keutamaan anda sendiri.

Kami mempunyai banyak halaman ciri yang membolehkan pengaturcara bukan mempelajari membuat apps yang menakjubkan & cantik tanpa perlu belajar pengaturcaraan. Kepada programmer, anda tidak mempunyai apa apa limitasi kerana anda boleh menggunakan pengetahuan dalam bidang coding untuk membina apps anda.

Sila ambil perhatian juga, adalah amat mustahil bagi kami untuk menunjukkan semua aplikasi yang direka menggunakan semua halaman ciri di sini.

Namun kami pasti bahawa bahawa contoh dibawah ini  dapat menjawab persoalan anda yang paling penting iaitu, benarkah saya boleh membina mobile apps dengan AMB Drag & Drop Mobile Apps toolkit.

Nota Penting Bagi Programmer:

Walaupun pengaturcaraan tidak diperlukan sama sekali menggunakan platform kami namun kami mempunyai satu halaman ciri yang dipanggil “Source Code” untuk pengguna kami yang tahu pengaturcaraan.

Di sini anda dapat membina dan menyesuaikan sebarang ciri yang anda ingin miliki dalam apps anda.  Anda boleh menggunakan HTML, CSS, Java & PHP. Sila ambil perhatian JAVA Script & PHP memerlukan ia untuk berada dalam HTML Iframe. Mengetahui pengaturcaraan sama sekali tidak penting bagi majoriti pengguna kami tetapi ini adalah fleksibiliti yang membolehkan pengaturcara juga menggunakan sistem kami dan sesuatu yang pengaturcara bukan boleh kembangkan dan pelajari pada masa depan jika mereka ingin berbuat demikian..